Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kejohanan Olahraga MSSR platform gilap pelapis atlet
  • SEMASA

Kejohanan Olahraga MSSR platform gilap pelapis atlet

Utusan Sarawak 6 months ago
PERASMIAN… Teo menyempurnakan majlis perasmian Kejohanan Olahraga (Pembangunan) MSSR Zon Luar Bandar Sibu Tahun 2024 di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya, hari ini.

SIBU: Kejohanan Olahraga Majlis Sekolah-Sekolah Rendah (MSSR) merupakan wadah penting dalam memupuk budaya bersukan dalam kalangan pelajar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, pendedahan ini tidak hanya terhenti dengan penganjuran kejohanan sahaja, tetapi perlu berterusan supaya impaknya dapat dikecapi dalam melahirkan atlet hebat dan berwibawa pada masa depan.

“Anak-anak yang berada di hadapan saya pada hari ini merupakan permata yang perlu digilap agar bersinar dan membawa nama Zon Luar Bandar ke Kejohanan Olahraga MSSR Sibu pada 2025.

“Saya percaya ada dalam kalangan anak-anak yang menyertai kejohanan hari ini mempunyai bakat besar dalam bidang sukan dan boleh mewakili Sarawak nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Kaunselor Paul Teo merasmikan kejohanan tersebut di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya, hari ini.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berharap pihak sekolah dan para ibu bapa dapat memberikan sokongan penuh kepada anak-anak yang bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum.

“Ini adalah sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan dalam bidang kurikulum,” katanya.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada 57 daripada 63 sekolah (merangkumi 36 sekolah kebangsaan, 21 sekolah jenis kebangsaan dengan jumlah seramai 636 atlet) kerana mengikut serta dalam kejohanan olahraga kali ini.

“Kepada yang menang, sekalung tahniah saya ucapkan, dan kepada yang tidak berjaya, jangan cepat berputus asa. Tidak mengapa kerana kekalahan pada hari ini adalah titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan.

“Teruslah bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kesihatan dan kehidupan yang berkualiti. Bersukanlah dengan membawa semangat perpaduan, kesejahteraan serta keharmonian diantara kita,” kata beliau.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Batu 10 merangkap Pengerusi Sekolah Pengelola Zon Luar Bandar, Sibu, Mohd Zaini Abdullah, Guru Besar SK Sibu Jaya, merangkap Pengerusi Zon Luar Bandar, Sibu, Jabut Minda serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Parlimen: Sukatan pelajaran, kad pengenalan generasi baharu tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: DUN: JTS perlu dana RM2.8 bilion untuk ambilan tanah untuk 792 projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.