Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejayaan KPDN tangani isu hasil kerjasama bersama media
  • Utara
  • WILAYAH

Kejayaan KPDN tangani isu hasil kerjasama bersama media

Utusan Sarawak 5 months ago
HARGAI MEDIA… Khadaffi (lima, kiri) dan warga KPDN Limbang bergambar bersama pengamal media Limbang pada majlis makan malam KPDN Cawangan Limbang dan pengamal media, malam tadi.

LIMBANG: Pencapaian dan kejayaan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Limbang menangani isu dan cabaran merupakan hasil kerjasama warga kementerian itu dan pengamal media.

Ketua KPDN Bahagian Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata, kementerian itu sangat menghargai sumbangan dan jasa media di Limbang khususnya dalam membantu jabatan itu menyalurkan maklumat penting kepada masyarakat setempat.

“Pencapaian KPDN Limbang  dalam menangani isu dan cabaran sepanjang tahun ini adalah daripada kerjasama semua pegawai dan liputan oleh rakan media juga sangat membantu dalam memberi maklumat kepada orang awam,”katanya kepada media hari ini.

Katanya, KPDN Limbang akan terus komited dalam menangani isu dan melindungi hak pengguna di tahun mendatang dan mengharapkan kerjasama semua pihak bagi membantu bersama demi memastikan suasana perniagaan yang kondusif.

KPDN Limbang tambahnya  akan terus menjalinkan kerjasama yang lebih erat bagi memastikan KPDN dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.

“Melalui hubungan yang baik ini, ia dapat  membantu KPDN untuk  menyampaikan maklumat yang tepat mengenai keperluan  masyarakat di daerah ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, satu majlis makan malam KPDN Cawangan Limbang dan pengamal media telah diadakan semalam bagi menghargai sumbangan rakan dan pengamal media, tahun ini.

Turut memeriahkan program, wakil Ketua KPDN Bahagian Limbang Khadaffi Biansing.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 596 pek bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas banjir
Next: 24 banduan Penjara Pusat Sibu terpilih jalani PBSL sempena Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.