Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kehidupan rakyat harus diutamakan
  • TEMPATAN

Kehidupan rakyat harus diutamakan

Utusan Sarawak 5 years ago

ZARINA ABDULLAH

KUCHING: Operasi premis perniagaan tidak boleh dibenarkan dibuka jika penjarakan sosial tidak dilaksanakan dan diamalkan dengan berkesan.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing menegaskan ini kerana hidup rakyat harus diutamakan berbanding pendapatan dan keuntungan perniagaaan.

“Wabak pandemik Covid-19 memerlukan penjarakan sosial antara manusia untuk mencegah daripada dijangkitinya.

“Maka, sehingga vaksin dijumpai, masyarakat harus mengamalkan langkah berjaga-jaga terutamanya penjarakan sosial kerana kita harus memotong rantaian jangkitan ini,” tegasnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, penjarakan sosial dan pengasingan diri adalah cara terbaik memutuskan rantaian jangkitan wabak ini.

“Penjarakan sosial terbaik adalah antara tiga hingga enam kaki untuk menghentikan penularannya.

“Sehubungan itu, perniagaan hanya boleh dibenarkan dibuka jika penjarakan sosial dipatuhi dengan berkesan.

“Sekiranya kita tidak dapat menguruskan jarak sosial dengan berkesan, saya mencadangkan kerajaan tidak membuka premis perniagaan atau penularan Covid-19 akan terus melonjak dan kita terpaksa bermula semula dari awal,” ujarnya.

Tambahnya, adalah ini adalah lebih baik daripada daripada menyesal kemudian hari.

Bagaimanapun Masing berkata, ada operasi perniagaan yang mana jarak sosial dapat dilaksanakan dengan baik seperti kerja-kerja pembinaan dan pertanian di kawasan zon hijau.

“Dengan melakukannyai ini secara perlahan-lahan, kita akan dapat membuka semula ekonomi kita serta mengembalikan kehidupan kita seperti biasa,” katanya.

Continue Reading

Previous: 796 terima sumbangan PUSAKA
Next: Bomba giat laksana sanitasi di rumah ibadat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.