BINTANGOR: Kehadiran sarang tebuan di bahagian bumbung mencetuskan kebimbangan penghuni sebuah rumah panjang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang baru-baru ini.
“Susulan panggilan kecemasan itu, lima anggota bomba digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sarang tebuan di bahagian bumbung rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, komander operasi kemudian melakukan penilaian awal bagi menentukan tindakan yang sesuai untuk memusnahkan sarang tersebut dengan mengambil kira keselamatan penghuni dan anggota bomba yang terlibat.
“Anggota bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memulakan operasi memusnahkan sarang tebuan.
“Racun serangga digunakan untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut,” katanya.
Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.45 malam, kira-kira 37 minit selepas kerja-kerja memusnahkan sarang tebuan dimulakan.
Oleh Earl Anek





