Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kegagalan fungsi gear pendaratan mungkin punca pesawat Jeju Air terhempas
  • GLOBAL

Kegagalan fungsi gear pendaratan mungkin punca pesawat Jeju Air terhempas

Utusan Sarawak 4 months ago

Pasukan bomba melakukan kerja menyelamat selepas pesawat Jeju Air terkeluar landasan dan terhempas hari ini. Foto Yonhap

SEOUL: Kegagalan fungsi gear pendaratan berkemungkinan menyebabkan pesawat penumpang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad, selepas cubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa.

Pesawat Jeju Air yang membawa seramai 181 penumpang dari Bangkok, Thailand itu cuba mendarat di lapangan terbang terbabit pada 9.07 pagi apabila ia terkeluar dari landasan dan melanggar pagar, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, pesawat itu cuba mendarat akibat kerosakan gear pendaratan ketika nahas berlaku, selepas percubaan pendaratan pertamanya gagal.

Ia bagaimanapun dilihat gagal mengurangkan kelajuan sehingga sampai ke penghujung landasan dan merempuh struktur di pinggir luar lapangan terbang, kata pihak berkuasa.

Nahas itu merosakkan pesawat dengan sangat teruk dan mengakibatkan kebakaran.

Saksi berkata, tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar masih tidak diaktifkan mungkin memperlihatkan cubaannya mendarat cemas, dengan perlanggaran kapal terbang itu dianggap sebagai punca kerosakan. – BERNAMA-Yonhap

Continue Reading

Previous: Pesawat bawa 181 penumpang terhempas di Korea Selatan – Yonhap
Next: Insiden Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini – Wisma Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.