Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kediaman PM jadi tumpuan media
  • NASIONAL

Kediaman PM jadi tumpuan media

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Sebuah kenderaan rasmi yang dipercayai membawa seorang menteri dilihat masuk di kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada jam 1 tengah hari. Difahamkan, beberapa kenderaan rasmi turut memasuki di kawasan itu sejak 12 tengah hari tadi.
 --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEBUAH kenderaan rasmi yang dipercayai membawa seorang menteri dilihat masuk di kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada 1.00 tengah hari, semalam. Difahamkan, beberapa ken- deraan rasmi turut memasuki di kawasan itu sejak 12.00 tengah hari, semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat semalam.

Petugas media dilihat mula ‘berkampung’ di rumah perdana menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini sejak 1.00 tengah hari semalam.

Pemerhatian Bernama mendapati beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara memasuki perkarangan kediaman perdana menteri pada kira-kira 1.30 tengah hari.

Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Walaupun sudah dua jam berlalu, namun belum ada perkembangan terbaharu diperoleh kumpulan petugas media.

Suasana semasa di situ tenang dan hanya kelihatan pergerakan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri masuk serta keluar daripada kediaman perdana menteri itu.

Beberapa kenderaan rasmi itu dilihat mula meninggalkan kawasan rumah perdana menteri kira-kira 3.40 petang.- Bernama

Continue Reading

Previous: Agong dukacita kerajaan batal Ordinan Darurat
Next: Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.