Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kedai Tenaga kembali beroperasi hari ini
  • BISNES

Kedai Tenaga kembali beroperasi hari ini

Utusan Sarawak 5 years ago
TNB juga menawarkan saluran alternatif bagi pembayaran digital seperti JomPAY dan perbankan Internet. Pelanggan juga boleh membuat pembayaran secara tunai di cawangan Pos Malaysia, 7-Eleven, 99 Speedmart, KK Mart, Kedai Mesra Petronas, Shell Select dan Ejen Bank Berdaftar di kedai BSN. • Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membuka kembali Kedai Tenaga secara berperingkat bermula hari ini (12 Mei) sejajar dengan langkah kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perkhidmatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kenyataan semalam, TNB berkata sebanyak 47 Kedai Tenaga dan 31 kios pembayaran layan diri di lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (kecuali di Sri Manjung) dan Kelantan yang diisytihar Kementerian Kesihatan sebagai zon hijau akan kembali beroperasi. 

Waktu operasi Kedai Tenaga bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang manakala kios pembayaran layan diri dari 8 pagi hingga 8 malam.
Menurutnya, tarikh pembukaan semula Kedai Tenaga dan kios pembayaran layan diri di negeri-negeri lain akan diumumkan kelak.

“Selain pembayaran bil elektrik, pelanggan juga boleh melakukan pelbagai transaksi di Kedai Tenaga termasuk pertanyaan mengenai bil, pembayaran bil utiliti lain, permohonan bekalan elektrik, penukaran penyewa dan penutupan akaun,” katanya.

Kedai Tenaga di seluruh negara telah ditutup sementara sejak 19 Mac, 2020 bagi mengelak penyebaran Covid-19.

Ketua Pegawai Runcit, TNB Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, berikutan pembukaan semula Kedai Tenaga secara berperingkat,  persiapan telah dilakukan mengikut peraturan dan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan kerajaan bagi memelihara keselamatan pelanggan dan pegawai.

“Kami gembira dapat kembali beroperasi dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Bagaimanapun, kami berharap para pelanggan dapat mengikut langkah pencegahan yang disarankan, seiring dengan amalan normal baharu,” katanya.

Antara langkah berjaga-jaga di Kedai Tenaga ialah memastikan pelanggan memakai topeng penutup muka, melakukan pemeriksaan suhu badan, memberi butiran diri sebelum memasuki premis untuk tujuan pengesanan kontak, menggunakan cecair nyahkuman yang disediakan serta mengamalkan penjarakan sosial dengan berada di kawasan bertanda.

Bagi pelanggan yang inginkan alternatif lebih pantas dan mudah, mereka digalakkan menggunakan portal myTNB di www.tnb.com.my atau muat turun aplikasi myTNB secara percuma melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk membayar bil. 

Selain itu, TNB juga menawarkan saluran alternatif bagi pembayaran digital seperti JomPAY dan perbankan Internet. Pelanggan juga boleh membuat pembayaran secara tunai di cawangan Pos Malaysia, 7-Eleven, 99 Speedmart, KK Mart, Kedai Mesra Petronas, Shell Select dan Ejen Bank Berdaftar di kedai BSN.

Bagi setiap transaksi pembayaran, pelanggan hendaklah memastikan mereka menerima resit dan menyimpannya sebagai bukti pembayaran.
Operasi pembacaan meter TNB pula akan dijalankan secara berperingkat mulai 15 Mei, 2020 di kawasan zon hijau. Sehubungan itu, 7.5 juta pelanggan kediaman akan menerima bil dengan bacaan sebenar atau boleh diperolehi menerusi portal dan aplikasi myTNB.

Pelanggan boleh menghubungi TNB Careline di 1-300-88- 5454 dari 8 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari atau e-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my untuk sebarang pertanyaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sektor perkhidmatan dijangka merosot
Next: PKPB dikenakan atas sektor pembinaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.