Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kedai gunting kurang sambutan
  • TEMPATAN

Kedai gunting kurang sambutan

Utusan Sarawak 5 years ago
KURANG PELANGGAN… Wong dengan pelitup mukanya.

MUKAH: Jumlah pelanggan ke Kedai Gunting, Pendandan dan Kecantikan di sini dikatakan agak menurun jika dibandingkan dengan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dahulu.

Kedai gunting dan kecantikan ini dibenarkan untuk beroperasi semula pada awal Jun selepas tutup sementara selama tiga bulan.

Menurut salah seorang ahli keluarga pemilik Tony Saloon, yang berada di pusat komersial Medan Setia Raja, Wong You Beng, semenjak mereka beroperasi semula jumlah pelanggan tidak seperti sebelum ini.

“Memang jumlah pelanggan jauh berkurangan terutama di kalangan warga emas dan kanak-kanak, mungkin mereka masih merasa ragu-ragu dengan keadaan semasa. Saya dengan bapa saya menggunting lelaki di bahagian belakang kedai, dan kakak dan emak saya di bahagian depan untuk gunting, pendandan dan kecantikan,” ujar Wong You Beng.

Akan tetapi beliau menyatakan mereka tidak mengenakkan caj tambahan setakat ini semenjak beroperasi semula.

“Saya rasa untuk membuat caj tambahan itu tidak bertanggungjawab kerana sekarang pelanggan pun terjejas dengan masalah Covid ini. Jadi takkan lah kita nak tambahkan lagi keadaan,” ujarnya lagi.

Seperti penduduk lain di Malaysia, mahupun seluruh dunia, beliau berharap krisis Covid-19 ini akan berakhir sepenuhnya dengan secepat mungkin.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Kerajaan buat langkah terbaik
Next: Permulaan gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.