Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kecoh biawak ‘kunjungi’ tempat jualan
  • Utara
  • WILAYAH

Kecoh biawak ‘kunjungi’ tempat jualan

Utusan Sarawak 6 months ago
OPERASI SELESAI… Kelihatan anggota APM Limbang memasukkan biawak ke dalam guni yang turut mendapat perhatian seekor kucing putih berhampiran.  

LAWAS: Seekor biawak mencetuskan kekecohan apabila menumpang teduh di bawah meja salah seorang peniaga di Tamu Limbang, semalam.

Kekecohan berlaku di bangunan Tamu Limbang gara-gara kemunculan seekor biawak seberat kira-kira tujuh kilogram semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun dalam kenyataan hari ini berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima pihaknya 10.42 pagi dan sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi untuk kes menangkap hidupan liar.

“Sebaik tiba di lokasi, peniaga memaklumkan biawak berkenaan menyorok di bawah meja,” katanya.

Biawak seberat kira-kira tujuh kilogram itu, menurutnya, berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Operasi menangkap biawak berkenaan, ujarnya, mengambil masa kurang 10 minit dan operasi selesai, 11.04 pagi.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aktifkan pasukan petugas banjir tingkat kesiapsiagaan depani bencana
Next: 135 penjawat awam peka siren amaran kebakaran  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.