

PADAWAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan selepas berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan letupan dan kebakaran di sebuah rumah di Taman Mas Padawan awal pagi tadi.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mustaqiim Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.42 pagi.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi di Lorong 1, Taman Mas Padawan pada 5.04 pagi, didapati kebocoran gas telah menyebabkan letupan kecil dan kebakaran pada bahagian setor rumah sehingga siling ruang dapur runtuh. Api telah terpadam sendiri sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa yang mengalami cedera ringan pada bahagian kening dan kaki telah dibawa ke hospital oleh ahli keluarga sebelum pihak bomba tiba.