Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kebangkitan AC Milan berterusan
  • SUKAN

Kebangkitan AC Milan berterusan

Utusan Sarawak 5 years ago
ZLATAN Ibrahimovic menjaringkan dua gol menentang Sampdoria. • Foto AFP

PASUKAN AC Milan, Stefano Pioli kekal empat mata di belakang Roma selepas Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol dan mencipta gol ketiga dalam kemenangan 4-1 penuh penguasaan menentang Sampdoria semalam.

Pemain berusia 38 tahun itu menanduk masuk umpanan silang Ante Rebic seawal minit keempat di Genoa untuk gol terpantasnya dalam Serie A Itali, sebelum melakukan hantaran untuk Hakan Calhanoglu menambah gol kedua enam minit selepas rehat.

Pemain sayap dari Turki, Calhanoglu kemudiannya melakukan hantaran lintang yang membolehkan Ibrahimovic menambah gol kedua beliau pada malam itu.

Leao menambah gol keempat dalam masa kecederaan ketika Milan melebarkan rentak tanpa kalah mereka kepada 11 perlawanan.

Ibrahimovic telah menjaringkan sembilan gol dalam liga sejak meneyrtai semula Milan pada Januari.

Pemain veteran itu menjadikan jumlah golnya untuk kelab kepada 51 gol, digabungkan dengan tugasnya sebelum ini antara 2010 dan 2012.

Dia juga menjadi pemain pertama yang menjaringkan 50 gol untuk kedua-dua kelab Milan, dengan 57 gol ketika dia bersama Inter dari tahun 2006 hingga 2009.

“Seperti Benjamin Button, saya sentiasa muda, tidak pernah tua,” kata Ibrahimovic.

“Mereka memberitahu saya saya sudah tua dan letih tetapi saya hanya memanaskan badan saya.”

Usaha Lecce untuk bertahan akan ditentukan pada hari terakhir setelah mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Udinese 2-1.

Kelab dari selatan itu menduduki tempat penyingkiran terakhir tetapi kini hanya satu mata di belakang Genoa di tempat ke-17, yang dibelasah 5-0 di Sassuolo.

Kedua-dua Lecce dan Genoa masing-masing akan berhadapan dengan Parma dan Verona pada hujung minggu dengan harapan untuk tidak menyertai Brescia dan SPAL dalam Serie B. – AFP

Continue Reading

Previous: Atalanta terus himpit Inter Milan
Next: Rangka persiapan terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.