Kebakaran van sekolah di Jalan Rejang, tiada kecederaan dilaporkan

Facebook
WhatsApp
PADAM… Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah van sekolah dalam kejadian di Jalan Rejang, Taman Tunku, Miri pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

MIRI: Sebuah van sekolah musnah dalam kebakaran di Jalan Rejang, Taman Tunku di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 6.43 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati van sekolah tersebut telah terbakar sebanyak 70 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan teknik dua aliran salur bantu mula dengan air dari pam jentera dan satu aliran foam,” katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal 7.05 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.26 pagi.

Oleh Liong Chai Ling