Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran suis utama di hostel berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran suis utama di hostel berjaya dikawal

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran melibatkan suis utama di sebuah bilik asrama di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. Foto JBPM Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya mengawal kebakaran kecil yang berlaku di sebuah bilik asrama di Tingkat 4, rumah kedai di Lorong 22M, Taman Desa Ilmu, malam ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada 9.44 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan digerakkan ke lokasi.

Pasukan bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Justin Basik bersama Komander Operasi Kanan, Christian Olas, tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan litar pintas pada suis utama di dalam sebuah bilik hostel berkeluasan kira-kira 5×10 kaki persegi.

KEADAAN pendawaian elektrik yang terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas dalam kejadian kebakaran di sebuah bilik hostel di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. Foto JBPM Sarawak

Kebakaran tersebut mengakibatkan kira-kira lima peratus kemusnahan melibatkan ruang tamu serta bahagian siling bangunan.

Operasi pemadaman berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya menggunakan satu aliran salur bantu mula.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Turut berada di lokasi ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengawal keadaan.

Pihak bomba kini menjalankan pemantauan serta siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lori terbakar di Kidurong, tindakan pantas bomba elak kejadian lebih buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.