Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran stor simpanan barang di Tabuan Square terkawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran stor simpanan barang di Tabuan Square terkawal

Utusan Sarawak 14 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi memadam kebakaran melibatkan sebuah kedai yang dijadikan tempat penyimpanan barang di Tabuan Square, Jalan Keranji, Kuching malam ini. Foto JBPM

KUCHING: Sebuah kedai yang dijadikan tempat penyimpanan barang di Tabuan Square, Jalan Keranji di sini mengalami kebakaran yang memusnahkan kira-kira 20 peratus barangan sistem audio malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran berlaku di dalam sebuah kedai yang dijadikan tempat penyimpanan barang. Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 20 peratus barangan sistem audio dan tidak melibatkan struktur premis,” kata Komander Operasi, PBK I Tahir Tuah dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi berjaya mengawal kebakaran pada 8.20 malam.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Assyakirin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.