Kebakaran sisa sawit di Ladang Kosa 2 berjaya dipadam pantas

Facebook
WhatsApp
PADAM… Kelihatan anggota bomba sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran longgokan sisa sawit di Ladang Kosa 2, Jalan Pan Borneo Miri Bintulu sekitar 2.00 pagi tadi.

BATU NIAH: Kebakaran melibatkan longgokan sisa sawit di Ladang Kosa 2, Jalan Pan Borneo Miri–Bintulu, awal pagi tadi berjaya dikawal dan dipadamkan oleh pasukan bomba dalam tempoh singkat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, PBT I Rary Binjie berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.01 pagi, sepasukan anggotanya telah bergegas ke lokasi.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba pada 2.23 pagi di lokasi yang sejauh 21 kilometer dari balai mendapati benar longgokan sisa sawit terbakar.

“Operasi pemadaman dimulakan segera dengan penggunaan satu aliran salur bantu mula menggunakan air dari tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi diketuai Jeffery Majin bersama lima anggota dan sebuah jentera pemadam, kebakaran berjaya dikawal pada 2.34 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.47 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Oleh Adum Liu

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis