Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kebakaran rumput di kawasan kebun di Bintangor
  • KEMALANGAN

Kebakaran rumput di kawasan kebun di Bintangor

Utusan Sarawak 8 months ago

PADAM KEBAKARAN.....Anggota bomba memadamkan kebakaran rumput menggunakan alat pemukul api. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Kebakaran rumput berlaku di kawasan kebun buah-buahan di Jalan Hup Hing, Sungai Tulai dekat sini petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.20 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, PBK II Hilary Pitre Ambit bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran rumput berlaku di kawasan kebun dan api sedang marak. 

“Tiada pili bomba dan sumber air terbuka di kawasan tersebut dan jarak jentera bomba ke lokasi kebakaran kira-kira 150 meter,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pasukan bomba menggunakan alat pemukul api (fire beater) untuk memadam kebakaran daripada terus merebak. 

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang enam minit. 

“Kebakaran berpunca aktiviti berkebun dan merebak ke kawasan berhampiran. 

“Pasukan bomba menasihatkan pemilik kebun agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan lebih berhati-hati,” katanya. 

Beliau berkata operasi memadamkan kebakaran selesai sepenuhnya pada jam 6.01 petang. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Tujuh unit lot kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran
Next: Rumah dua tingkat hangus, seorang cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.