Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kebakaran paip gas: Penduduk mula periksa rumah
  • KEBAKARAN
  • SEMASA

Kebakaran paip gas: Penduduk mula periksa rumah

Utusan Sarawak 2 months ago
ACP Wan Azlan Wan Mamat ketika sidang media berhubung situasi terkini di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemilik 115 rumah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini dibenarkan memasuki kediaman masing-masing secara berfasa mulai hari ini.

Pegawai Daerah Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed berkata fasa pertama melibatkan 41 pemilik rumah di Jalan 1/3A, yang dibenarkan masuk mulai 9.30 pagi ini bagi menjalani pemeriksaan termasuk pendawaian.

“Sekiranya pendawaian berada dalam keadaan baik, bekalan elektrik akan disalurkan semula. Jika pemeriksaan inventori mengesahkan keadaan kediaman selamat, penduduk akan dibenarkan kembali menetap di rumah mereka,” katanya kepada pemberita di Putra Heights, Subang Jaya hari ini.

Beliau berkata selepas fasa pertama melibatkan 41 rumah selesai, fasa kedua dan ketiga akan dilaksanakan.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk mula hadir seawal 8.00 pagi seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Wan Azlan Wan Mamat dalam sidang media di lokasi kejadian memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan pemeriksaan akhir pendawaian di kesemua 115 rumah hari ini.

Beliau berkata JBPM telah melaksanakan semakan inventori di kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas itu dan mendapati semua kediaman berkemungkinan berada dalam keadaan baik serta dipercayai selamat untuk diduduki.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran pada 8.10 pagi pada Selasa lepas berlaku di saluran paip utama milik Petronas Gas Bhd (PGB).

Kebakaran saluran paip gas itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya dan menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21×24 meter di lokasi kejadian. – Bernama

Tags: KEBAKARAN SEMASA

Continue Reading

Previous: Lambang keunikan Sarawak sambut pelbagai perayaan kekalkan perpaduan
Next: Naik belon kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.