Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan satu daripada 12 pintu rumah panjang Senggat Batu 8 Jalan Kubong
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan satu daripada 12 pintu rumah panjang Senggat Batu 8 Jalan Kubong

Utusan Sarawak 5 hours ago
LAWAN API…Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran

LIMBANG: Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas satu daripada 12 pintu rumah panjang Senggat Batu 8, Jalan Kubong musnah sepenuhnya dalam kebakaran, petang tadi.

Ketua Zon Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.40 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi yang terletak sekitar 18 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah pintu rumah panjang jenis kekal yang terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, petang tadi.

Beliau berkata, kebakaran turut merebak dan menjejaskan beberapa pintu rumah panjang berhampiran, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

LAWAN API…Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran air dari pam pili bomba serta satu aliran salur bantu mula.

“Operasi melibatkan enam pegawai dan anggota dengan bantuan dua jentera bomba ditamatkan pada 5.20 petang,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Miri
Next: Rumah semi-D dua tingkat musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.