Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran kilang aiskrim cetus operasi besar bomba di Demak Laut
  • KEBAKARAN

Kebakaran kilang aiskrim cetus operasi besar bomba di Demak Laut

Utusan Sarawak 3 hours ago
API marak di stor serbuk pembuatan aiskrim.

KUCHING: Kebakaran sebuah kilang aiskrim di kawasan perindustrian Demak Laut di sini merebak melibatkan lima premis bersebelahan sebelum pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bertindak mengawal api daripada terus merebak.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) dan JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.23 tengah hari sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Petra Jaya dan BBP Batu Lintang ke lokasi.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.38 tengah hari, sekitar 15 kilometer dari BBP Tabuan Jaya, dan mendapati kebakaran melibatkan kilang separuh kekal milik AI-CHA Food MY (EM) Sdn Bhd di No.48 Jalan Bako, Demak Laut Industrial Park.

JBPM melaporkan kebakaran telah merebak ke lima premis iaitu kilang aiskrim, produk makanan, penyimpanan thinner, kilang baja dan kilang logistik.

“Pasukan bomba menggunakan kaedah defensif fire break bagi mengelakkan kebakaran terus merebak ke premis lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JBPM, operasi pemadaman berdepan beberapa cabaran termasuk tekanan air rendah serta keadaan angin yang kuat di lokasi kejadian.

Operasi melibatkan seramai 32 anggota dengan kekuatan tiga jentera Jentera Bomba dan Penyelamat (FRT), dua Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah lori tangki air.

Turut berada di lokasi ialah tiga anggota polis bagi membantu melancarkan operasi.

Setakat maklumat awal, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Afiq Sallehi

Continue Reading

Previous: Jarak 134 kilometer, laluan mencabar punca bomba tiba selepas rumah panjang terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.