Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran gudang di Demak Laut: Operasi masuk fasa pemadaman akhir
  • KEBAKARAN

Kebakaran gudang di Demak Laut: Operasi masuk fasa pemadaman akhir

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR udara menunjukkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjalankan operasi memadam kebakaran yang memusnahkan beberapa premis kilang di Demak Laut.

PETRA JAYA: Operasi pemadaman kebakaran membabitkan lima gudang di Taman Perindustrian Demak Laut di sini masih diteruskan sehingga malam ini apabila pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memasuki peringkat pemeriksaan dan pemadaman akhir bagi memadam sisa-sisa api.

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bersama bantuan BBP Petra Jaya, Batu Lintang dan Padungan dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, kebakaran bermula di Gudang 1 yang menyimpan bahan pembuatan aiskrim sebelum merebak ke gudang penyimpanan produk makanan, baja, pencair cat dan sebuah gudang logistik berhampiran.

“Operasi berjaya dikawal pada 3.54 petang, namun kerja-kerja pemadaman diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Sehingga 9.00 malam, pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pemadaman akhir pada kesemua gudang yang terlibat.

Menurut beliau, kebakaran memusnahkan sepenuhnya tiga gudang, manakala sebuah gudang mengalami kemusnahan kira-kira 40 peratus dan sebuah lagi 10 peratus.

Operasi pemadaman melibatkan 52 anggota, termasuk lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako, dengan kekuatan empat jentera bomba dan penyelamat (FRT), sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah lori tangki air dan sebuah jentera tangga udara.

Pasukan bomba menggunakan media campuran buih menerusi kaedah serangan ofensif dan defensif menggunakan empat aliran hos dengan enam nozel, selain pemadaman dari aras tinggi menggunakan jentera tangga udara bagi menghalang api daripada terus merebak.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Empat jam berlawan api, bomba masih giat memadam kebakaran kilang Demak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.