Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
  • KEBAKARAN

Kebakaran: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTANGOR: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kebakaran rumah tersebut berlaku di Kampung Telok Bulat, Jalan Mara. 

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.16 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, saya bersama sepasukan bomba bergegas ke lokasi kebakaran. 

“Kami (bomba) terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk sampai ke lokasi, ” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar 100 peratus. 

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula seterusnya menggunakan satu unit pam angkut, membentang 200 kaki, dua pancutan dan menggunakan sumber air terbuka.

“Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan dan difahamkan semasa kejadian kesemua empat penghuni tiada di rumah.

“Operasi memadam kebakaran selesai sepenuhnya pada 3.40 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran dari Rumah Beji Utek terima bantuan keperluan asas
Next: Pemandu berdepan detik cemas kereta terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.