Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran di Pejabat RISDA Stesen Betong, 45 peratus bangunan musnah
  • KEBAKARAN

Kebakaran di Pejabat RISDA Stesen Betong, 45 peratus bangunan musnah

Utusan Sarawak 4 hours ago
BANGUNAN Pejabat RISDA Stesen Betong di Bandar Baru Medan mengalami kebakaran awal pagi tadi, mengakibatkan kira-kira 45 peratus struktur bangunan musnah. Foto: PGO JBPM Sarawak

BETONG: Sebuah bangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Stesen Betong di Bandar Baru Medan dilaporkan mengalami kerosakan serius dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi.

​Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 4.02 pagi sebelum menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

​Menurut kenyataan media tersebut, pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, Yusuf Tamin tiba di lokasi hanya dalam tempoh dua minit dan mendapati api sedang marak di tingkat satu bangunan berkenaan yang berkeluasan 22 kali 50 kaki persegi. 

Kebakaran dilaporkan bermula dari bahagian ruang belakang pejabat sebelum merebak pantas ke bahagian bilik fail yang menempatkan pelbagai dokumen penting.

​Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan operasi pemadaman secara strategik dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula yang dinaikkan melalui tangga bomba serta satu lagi aliran melalui tangga bangunan bagi mengepung api daripada terus merebak ke bahagian lain. 

Berkat tindakan pantas anggota bertugas, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.10 pagi, manakala operasi tamat sepenuhnya pada 5.51 pagi setelah keadaan dipastikan benar-benar selamat.

​Hasil pemeriksaan awal mendapati anggaran kemusnahan bangunan pejabat tersebut adalah sekitar 45 peratus, namun tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan melibatkan kakitangan mahupun orang awam.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian aset masih lagi dalam proses siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah terbakar 100 peratus, enam penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.