Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran Demak Laut: Sisa api di dua gudang berjaya dipadam sepenuhnya
  • KEBAKARAN

Kebakaran Demak Laut: Sisa api di dua gudang berjaya dipadam sepenuhnya

Utusan Sarawak 14 hours ago
LONGOKKAN sisa barangan yang terbakar masih kelihatan di lokasi kejadian selepas operasi pemadaman dijalankan. Gambar JBPM

PETRA JAYA: Operasi susulan kebakaran lima gudang di Taman Perindustrian Demak Laut di sini menunjukkan perkembangan positif apabila sisa kebakaran di dua gudang yang terjejas berjaya dipadam sepenuhnya setakat 7.15 malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pasukan operasi kini menumpukan kerja-kerja pemadaman akhir di Gudang Ai Cha, Gudang Mendiya Trch Sdn Bhd dan Gudang K.S.C Lee Enterprise.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, sisa kebakaran di Gudang Tristan Bong Guan Ming/Ai Cha dan Gudang Mendiya Trch Sdn Bhd telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, kerja-kerja pemadaman akhir masih diteruskan di Gudang K.S.C Lee Enterprise berikutan timbunan besi serta laluan yang sempit, sekali gus menyukarkan anggota bomba menjalankan operasi.

Dalam kejadian yang berlaku tengah hari semalam, kebakaran membabitkan lima gudang, dengan tiga daripadanya musnah sepenuhnya manakala dua lagi mengalami kerosakan sebahagian.

Operasi itu membabitkan 52 anggota bomba yang dibantu empat jentera Bomba dan Penyelamat (FRT), sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah lori tangki air dan sebuah jentera tangga udara (ALP).

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. Pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja pemadaman akhir di lokasi, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran lima gudang Demak Laut: Bomba jalankan operasi ‘overhaul’ padam sisa api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.