Kebakaran belukar berhampiran sekolah berjaya dikawal

Facebook
WhatsApp
PADAM KEBAKARAN…Pasukan bomba memadamkan kebakaran belukar di sini, semalam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Kebakaran belukar seluas hampir tiga hektar berhampiran sekolah rendah di sini berjaya dikawal dalam tempoh kurang sejam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.44 tengah hari.

“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai, segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan kami mendapati kebakaran belukar sedang berlaku berhampiran kawasan sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu unit nozel, satu unit pam angkut, dan satu aliran sepanjang 300 kaki.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.31 petang dan operasi ditamatkan pada 1.54 petang,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis