
MIRI: Kepulan asap tebal yang tinggi menarik perhatian penduduk apabila kebakaran belukar berlaku di Pulau Melayu di sini, petang tadi.
Kejadian sekitar jam 3.00 petang itu dipercayai melibatkan kawasan tumbuhan kering di tepi pulau, dengan api dilihat marak dan menghasilkan asap tebal yang jelas kelihatan dari kawasan berhampiran, termasuk di sepanjang sungai.
Tinjauan di lokasi mendapati keadaan cuaca panas dan kering, selain tiupan angin sederhana, berkemungkinan menjadi faktor yang mempercepatkan penyebaran api di kawasan berkenaan.
Sementara itu, pihak berkuasa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain.
Oleh Liong Chai Ling