Kebakaran belukar di Jalan Ulu Oya berjaya dipadam

Facebook
WhatsApp
TINDAKAN PANTAS.….Pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran belukar di hadapan sebuah rumah di Lorong 7D, Jalan Ulu Oya, malam tadi. Kredit JBPM ZON SIBU

SIBU: Kebakaran belukar seluas sekitar 0.005 hektar dilaporkan berlaku di hadapan sebuah rumah di Lorong 7D, Jalan Ulu Oya, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.00 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 14 kilometer dari balai dan tiba pada jam 10.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

TINDAKAN PANTAS.….Pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran belukar di hadapan sebuah rumah di Lorong 7D, Jalan Ulu Oya, malam tadi. Kredit JBPM ZON SIBU

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki, satu nozel serta sumber air daripada pili bomba berhampiran.

“Kawasan yang berjaya dipadam oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dianggarkan seluas sekitar 0.002 hektar. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.23 malam,” katanya.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis