Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar 2.83 hektar di Jepak berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar 2.83 hektar di Jepak berjaya dikawal

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba BBP Bintulu menjalankan operasi pemadaman kebakaran belukar di Bulatan Jepak, Jalan Kuala Tatau. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Kebakaran belukar di Bulatan Jepak, Jalan Kuala Tatau di sini berjaya dikawal, melibatkan keluasan kira-kira 2.83 hektar, petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kawasan belukar dengan keluasan dianggarkan 2.83 hektar.

“Operasi pemadaman dijalankan dengan membentangkan kira-kira 1,200 kaki hos hantaran ke kawasan hutan, dengan sumber air diperoleh daripada jentera tangki air,” katanya.

ANGGOTA bomba BBP Bintulu menjalankan operasi pemadaman kebakaran belukar di Bulatan Jepak, Jalan Kuala Tatau. Foto JBPM Sarawak

Kebakaran dilaporkan berjaya dikawal dan anggota masih meneruskan operasi pemadaman.

Usaha ini bagi memastikan api dipadam sepenuhnya serta mengelakkan kejadian berulang.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran belukar di Pulau Melayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.