Kebakaran bahagian bateri kereta di Jalan Tabuan, pemilik cegah situasi jadi lebih buruk

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN…Kereta jenis Perodua Viva mengalami kebakaran kecil di bahagian bateri di salah satu rumah Jalan Tabuan tengah hari tadi. Foto BBP Batu Lintang

KUCHING: Kereta jenis Perodua Viva mengalami kebakaran kecil di bahagian bateri di salah satu rumah Jalan Tabuan tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 12.19 tengah hari sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bergegas ke lokasi sejauh empat kilometer dan tiba lima minit kemudian.

KEBAKARAN…Kereta jenis Perodua Viva mengalami kebakaran kecil di bahagian bateri di salah satu rumah Jalan Tabuan tengah hari tadi. Foto BBP Batu Lintang

Menurut Komander Operasi PBK II (TBK I) Gajau Jemat, api berjaya dipadamkan pemilik kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Operasi pemadaman dan pemantauan selesai pada 12.26 tengah hari.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.