Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kebakaran: 25 penghuni hilang tempat tinggal 
  • KEMALANGAN

Kebakaran: 25 penghuni hilang tempat tinggal 

Utusan Sarawak 7 months ago

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan tujuh unit rumah pekerja di Jalan Sungai Nyigu, Bintulu. – Foto Bomba

BINTULU: Seramai 25 penghuni kehilangan tempat berteduh selepas tujuh unit rumah pekerja di Jalan Sungai Nyigu di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan semua penghuni berjaya diselamatkan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Kidurong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.22 pagi.

“Kebakaran melibatkan struktur sementara berkeluasan kira-kira 60×100 kaki persegi, yang menempatkan penghuni dalam tujuh unit rumah.

“Pasukan seterusnya bertindak menggunakan aliran air sepanjang 1,400 kaki dengan dua nozel melalui kaedah ‘relay pumping’ untuk melakukan operasi pemadaman,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.19 pagi, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.28 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Sekeluarga terkejut rumah runtuh
Next: Tiga pelajar maut kemalangan kendiri di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.