Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keadaan banjir di Song dipantau
  • TEMPATAN

Keadaan banjir di Song dipantau

Utusan Sarawak 5 years ago
BEROPERASI… Pasukan bomba melakukan pemantauan banjir di kawasan berek kerajaan Jalan Takan di sini, semalam.

SONG: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemantauan di beberapa kawasan rendah yang berisiko banjir.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, PgKB I Janggan Muling, pemantauan dilakukan di kawasan berek kerajaan Jalan Takan dan di Terminal Ekpress Song-Batang Rajang.

“Setakat lebih kurang jam 8.40 pagi ini (semalam), keadaan air mula surut di kawasan berek kerajaan Jalan Takan.

“Manakala, bagi kawasan Terminal Ekpress Song-Batang Rajang pula menunjukkan trend air menaik dengan keadaan cuaca hujan renyai-renyai,” jelasnya menerusi satu kenyataan, semalam.

Selain itu, anggota BBP Song turut meninjau keadaan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Temalat, Song.

“Beberapa buah kelas di sekolah berkenaan telah dinaiki air banjir sedalam dua inci.

“Bagaimanapun, tiada pemindahan dilakukan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya menghubungi pihak bomba sekiranya paras air terus meningkat,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas individu ingkar SOP PKPP – Merbin
Next: Banjir di Sibu masih terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.