Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KCFC terima suntikan tajaan syarikat makanan tambahan
  • SUKAN

KCFC terima suntikan tajaan syarikat makanan tambahan

Utusan Sarawak 2 years ago

TERIMA KASIH... Fazruddin Abdul Rahman(tengah) bersama Hafiz Khalim (kanan) dan Iswandi Ali Hassan (kiri) ketika majlis menandatangani perjanjian di Ibu Pejabat KCFC di sini hari ini.

KUCHING: Syarikat makanan tambahan yang berpangkalan di Selangor, AGYM Nutrition Sdn Bhd akan menaja pasukan Kuching City FC (KCFC) untuk menghadapi kempen Liga Super 2023.

Majlis menandatangani perjanjian itu disempurnakan di Ibu Pejabat Kuching City FC di sini, hari ini dengan KCFC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iswandi Ali Hassan manakala AGYM Nutrition diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Khalim.

Menurut Presiden KCFC Fazzrudin Abdul Rahman, pihaknya amat berbesar hati dengan kesudian syarikat itu menaja skuadnya pada musim ini.

“Terima kasih kepada AGYM Nutrition kerana sudi menaja dan menjadi keluarga Kuching City FC.

“Saya percaya makanan kecergasan ini akan memantapkan prestasi pemain-pemain kita untuk menghadapi saingan Liga Super kelak,” katanya dalam sidang media selepas sesi menandatangani perjanjian tersebut.

Sementara itu, Hafiz turut merakamkan terima kasih kepada pihak KCFC kerana memberi peluang kepada syarikatnya untuk menjadi penaja skuad itu.

Melalui tajaan tersebut, beliau berharap ia akan membantu memantapkan persiapan Kuching City FC untuk menghadapi Liga Super dan mencapai kejayaan pada musim ini.

Harapannya agar skuad Kuching City FC dapat pergi dengan lebih jauh hingga mampu bersaing di peringkat Asia.

Saingan Liga Super 2023 akan bermula pada 24 Februari ini.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Sarawak tuan rumah SUKMA ke-21
Next: Buda Anchah rancang untuk bersara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.