Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KCFC rombak pemain import
  • SUKAN

KCFC rombak pemain import

Utusan Sarawak 4 years ago

SKUAD Kuching City FC (KCFC) yang kini berada di kelompok bawah Liga Perdana bakal membawa beberapa pemain import baharu dalam usaha untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Ketika ini skuad The City Boys yang sudah mengharungi lapan perlawanan hanya mengutip tujuh mata hasil satu kemenangan dan empat keputusan seri selain dipalit tiga kekalahan dan terbaru terikat 1-1 ketika menentang Selangor FC Il di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua jurulatih KCFC, Irfan Bakti Abu Salim (gambar) tidak menafikan perancangan sudah di buat oleh pihak pengurusan bagi membawa masuk pemain import bagi menguatkan jentera serangan yang jelas kurang efektif pada jendela perpindahan kelak yang akan dibuka kelak.

Ini berikutan ketumpulan barisan pemain importnya yang jelas tidak menunjukkan ‘taring’ yang dikehendaki oleh pasukan tersebut.

Beliau berkata semua pemain import KCFC telah diturunkan dalam hampir kesemua perlawanan Liga Premier, namun hanya Aylton Ferreira dan Yuta Suzuki yang telah menjaringkan gol.

Manakala, dua lagi pemain import, Hudson Dias dan Bryan Jones yang merupakan pemain penyerang masih belum lagi menemui sentuhan mereka.

“Oleh itu pasukan kita amat memerlukan pemain import baharu untuk memberi kekuatan kepada pasukan ini sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka kelak,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, corak permainan yang ditampilkan tampak ada peningkatan dalam beberapa perlawananan yang diharungi baru-baru ini, namun apa yang menggusarkan adalah sentuhan terakhir menjaringkan gol yang masih belum berbisa.

Dalam perkembangan sama, kebanyakan peminat merasakan KCFC mempamerkan aksi yang menarik, namun ketumpulan jentera serangan menjadi nadi kekecewaan tersebut dalam setiap perlawanan.

Skuad The City Boys, Sabtu ini (24 April) akan bertandang ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menentang pasukan Kelantan United FC.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Greenwood benam Burnley
Next: Liverpool semakin ketinggalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.