Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KBS komited semua jenis sukan dapat kembali dimainkan
  • SUKAN

KBS komited semua jenis sukan dapat kembali dimainkan

Utusan Sarawak 5 years ago

SEPANG, 3 Julai -- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) diiringi Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mohamed Azman Yahya (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif (kiri) membuat tinjauan persiapan SIC dari segi tatacara pematuhan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam penganjuran acara sukan permotoran. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) diiringi Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif (kiri) membuat tinjauan persiapan SIC dari segi tatacara pematuhan yang ditetapkan KKM, MKN dan KBS dalam penganjuran acara sukan permotoran. • Foto BERNAMA

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam memastikan kesemua jenis sukan dapat kembali dimainkan berdasarkan usaha berterusan sektor itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi pertimbangan sewajarnya.

Reezal Merican berkata, keyakinan untuk memberi lebih kelonggaran kepada sektor sukan mula terbina selepas melihat kepada penurunan ketara kes jangkitan Covid-19 di negara selain disiplin rakyat dalam mematuhi SOP ditetapkan.

“Saya punya perjuangan adalah untuk melihat semua sukan yang dahulunya beraksi dengan aktif, dapat dimulakan dalam masa terdekat.

“Melihat kepada keyakinan yang datang daripada pihak MKN dan KKM dalam sektor-sektor yang lain, saya begitu optimis sektor sukan juga akan diberi pertimbangan sangat positif,” katanya.

Reezal ditemui pemberita selepas melawat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi melihat persediaan SIC melangsungkan acara sukan permotoran dari segi tatacara pematuhan yang telah ditetapkan oleh KKM, MKN dan KBS, Jumaat lalu.

KBS dijangka membawa cadangan pembukaan sektor sukan bola sepak untuk latihan penuh berkontak dan kebenaran untuk kejohanan sukan secara berperingkat ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 9 Julai ini. -Bernama

Continue Reading

Previous: Chong Wei idam kerjasama dengan Lin Dan
Next: Felda United buru kedudukan 4 terbaik Liga Super

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.