Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawasan lapang berhampiran pusat hemodialisis sebagai tempat letak kereta
  • Tengah
  • WILAYAH

Kawasan lapang berhampiran pusat hemodialisis sebagai tempat letak kereta

Utusan Sarawak 7 months ago
ANGKAT SUMPAH… Teo Choon Teck (kanan) mengangkat sumpah di hadapan (dari kiri) Mohammed, Ting dan Yong.

SIBU: Kawasan lapang berhampiran pusat hemodialisis Saint John Ambulans Malaysia (SJAM) di Jalan Jerrwit akan dijadikan sebagai tempat letak kereta demi untuk kemudahan pesakit.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting berkata, dana untuk pelaksanaan projek itu telah diluluskan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng.

“Kita akan buat tempat letak kereta di situ untuk pesakit hemodialisis. Ini supaya mereka tidak perlu meletak kenderaan di tepi jalan yang sangat berbahaya,” katanya pada mesyuarat penuh MPS, hari ini.

Katanya, pihak majlis akan mengatur kerja pembersihan tanah dua minggu dari sekarang dan selepas mesyuarat mereka dijadualkan minggu depan.

“Kita mendapati kawasan lapang itu kini sebahagiannya ditanam pokok oleh penduduk di situ.

“Oleh kerana pembiayaan sudah diluluskan, kita mahu melantik kontraktor untuk membersihkan tanah dan menjadikan ruang itu sebagai tempat letak kereta pesakit hemodialisis di pusat berkenaan,” ujarnya.

Ting berkata, pihak majlis akan dapat mengurangkan bajet untuk kupon letak kereta fizikal dengan pengenalan sistem pembayaran tempat letak kereta tanpa tunai di tempat letak kereta bertingkat mulai bulan ini.

“Bajet MPS untuk kupon letak kereta fizikal adalah kira-kira RM700,000 setahun.

“Kita akan dapat melabur lebih banyak dalam teknologi tempat letak kereta pintar jika kita dapat mengurangkan bajet untuk kupon letak kereta fizikal,” jelasnya.

Pada mesyuarat tersebut, Ting bersama timbalannya Mohammed Abdullah Izkandar Roseley dan setiausaha majlis Yong Ing Chu menyaksikan majlis angkat sumpah ahli majlis yang baharu dilantik Teo Choon Teck.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Taman Harmoni kini ada gelanggang futsal 
Next: Bukan hanya jadikan Sarawak maju, juga negeri berintegriti tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.