Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kartunis kembali hasil karya
  • NASIONAL

Kartunis kembali hasil karya

Utusan Sarawak 5 years ago

PASIR PUTEH, 10 Mei -- Kartunis, Nor Hasram Mohamad, 53, atau lebih dikenali sebagai Ozom menunjukkan hasil kartun karyanya ketika ditemui di halaman rumahnya di Kampung Baru di sini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KARTUNIS, Nor Hasram Mohamad, 53, atau lebih dikenali sebagai Ozom menunjukkan hasil
kartun karyanya ketika ditemui di halaman rumahnya di Kampung Baru di sini.— Foto BERNAMA

PASIR PUTEH: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, memberi peluang kepada kelompok kartunis untuk kembali menghasilkan karya mereka.

Seorang kartunis, Nor Hasram Mohamad, 53, berkata beliau melihat ramai rakan karyawannya kembali melukis kartun berikutan mempunyai banyak masa di rumah kerana PKP.

“Contohnya, saya sendiri mempunyai lebih banyak masa. Jika sebelum PKP saya kerap bertemu dengan rakan dan bekerja.

“PKP yang dilaksanakan memberi manfaat kepada kartunis kerana saya lihat ramai rakan banyak berkongsi karya mereka dalam laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Baru di sini, semalam.

Nor Hasram, atau lebih dikenali sebagai Ozom berkata beliau akan memuatnaik sekurang-kurangnya satu kartun pada setiap hari dalam laman Facebooknya, dengan kebanyakan karya adalah berkaitan PKP yang dihasilkan pada waktu malam.

Dalam masa yang sama, bekas kartunis di sebuah majalah itu berkata karya berkaitan PKP ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya COVID-19 dan betapa pentingnya untuk berada di rumah.

“Kebanyakan karya yang dihasilkan saya berupa sindiran dan nasihat kepada masyarakat mengenai kedua-dua perkara berkenaan.   

“Ini penting untuk kita bersama-sama kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti sebelum ini,” katanya yang juga bekas wartawan.

Dalam perkembangan sama, Nor Hasram berkata beliau akan menerbitkan sebuah buku yang mengandungi kesemua hasil karyanya yang dihasilkan ketika PKP ini.

“Buku berkenaan yang juga projek solo saya kini hampir siap dan akan dicetak selepas tamat PKP nanti. Ia akan menjadi salah satu kenangan rakyat Malaysia terhadap wabak yang mengubah dunia,” katanya.— Bernama

Continue Reading

Previous: Art Jamila menangi Pertandingan Melukis Poster
Next: PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.