Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kari ayam Malaysia dinobatkan stew terbaik dunia
  • SEMASA

Kari ayam Malaysia dinobatkan stew terbaik dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Kari ayam Malaysia dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik oleh TasteAtlas bagi April 2025.

Pengumuman itu dibuat oleh TasteAtlas, sebuah platform makanan dalam talian yang menggambarkan laman itu sebagai ensiklopedia rasa dan atlas dunia bagi hidangan tradisional, bahan tempatan serta restoran tulen.

Dalam satu hantaran di Facebook, TasteAtlas mengucapkan tahniah kepada pemenang dengan kapsyen, “Tahniah! 50 Stew Terbaik, Kedudukan TasteAtlas (APR 2025).”

Kari Ayam menduduki tempat pertama, diikuti Kari Phanaeng dari Thailand dan Dzhash dari Armenia, manakala Murgh Makhani dari India dan Kalle Pache dari Iran melengkapkan lima tangga teratas.

TasteAtlas dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.

Antara stew lain dalam 10 tempat teratas termasuk Rendang dari Indonesia (keenam), Keema dari India (kelapan), dan Hünkar Begendi dari Turkiye (kesembilan), mencerminkan pengaruh kuat masakan Asia.

Senarai itu turut menampilkan beberapa hidangan lain dari rantau ini seperti Kari Massaman dari Thailand (ketujuh), Kari Hijau (ke-26), dan Bo Kho dari Vietnam (ke-36).

Menurut platform itu, lebih 10,000 item makanan dan minuman dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan, termasuk pelbagai kepakaran tempatan yang jarang dikenali atau hampir dilupakan.

TasteAtlas berusaha mendokumentasikan warisan kulinari dari seluruh dunia, termasuk dari bandar raya, wilayah dan kawasan luar bandar.

Senarai penuh stew terbaik dunia boleh diakses di www.tasteatlas.com/best-rated-stews-in-the-world.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jemaah haji muat turun aplikasi MyBorderPass
Next: Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.