Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kaputeng (C) dinobat juara
  • SUKAN

Kaputeng (C) dinobat juara

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Gambar peserta terlibat bersama Datuk Ibrahim Baki.

TIGA set diperlukan oleh pasukan Kaputeng (C) untuk menundukkan pasukan Double M.A dalam perlawanan akhir Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Lembah Satok 2020 semalam.

Acara yang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Kelab Sri Keranji Kampung No,3, Lorong Haji Limbong Datuk Ajibah Abol berkesudahan dengan 15-21, 21-15, dan 21-16 pada set penentuan.

Juara pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000 dan piala kejuaraan manakala tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM600.

Turut serta menyaksikan perlawanan ialah Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ibrahim Baki.

Beliau berkata dalam ucapannya bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk baik pulih gelanggang berkenaan.

“Baik pulih gelanggang mungkin akan bermula pada awal tahun hadapan bergantung pada situasi pandemik Covid-19,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi serta ketua Bahagian Pembangunan Sukan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Ahmad Rodzli Hashim.

Oleh Asyraf Halim

Continue Reading

Previous: Empat pasukan elit bakal juara
Next: 1,000 bakat baharu dalam lima tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.