Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kapit FA cipta kemenangan bergaya
  • SUKAN

Kapit FA cipta kemenangan bergaya

Utusan Sarawak 3 years ago

SKUAD Kapit FA memulakan aksi pertama saingan Liga SSC-FAS 2022 dengan penuh garang apabila membenam
Sibu FA 4-0 petang semalam.

SKUAD Kapit FA memulakan aksi Liga SSC-FAS 2022 dengan penuh bergaya apabila membenam kemaraan Sibu FA 4-0 di Stadium Terbuka Kapit petang semalam.

Penyerang Kapit FA, Alan Edrian antara mencuri tumpuan apabila meledak dua gol pada perlawanan pembukaan Zon Tengah Sarawak itu pada minit ke-40 dan minit ke-80. Sambil dua gol lagi masing-masing dijaringkan oleh Idham Shahs (minit ke-11) dan Yehezkeil (minit ke-73).

“Satu permulaan yang baik dan kemenangan yang begitu hebat.

“Pemain yang diturunkan menunjukkan komitmen dan semangat juang yang bermain habis-habisan sehingga ke wisel penamat dibunyikan untuk mencari seberapa banyak gol,” kata ketua jurulatih Kapit FA, Mark Kayan.

Beliau tidak mahu anak-anak buahnya dibuai dengan kemenangan, sebaliknya mahu terus memburu kemenangan pada perlawanan kedua menentang pasukan Betong FA, pada Sabtu depan di Betong.

“Perjalanan liga masih jauh, ada banyak lagi perlawanan perlu ditempuhi selepas ini, dalam bola apa-apa boleh berlaku dan kita akan fokus satu persatu dahulu.

“Cuma saya berharap pemain tidak terus hanyut dengan kemenangan ini dan sentiasa menanam keinginan untuk terus berusaha meningkatkan corak permainan bagi memastikan sasaran utama ke peringkat pusingan akhir dapat direalisasikan,” ujarnya.

Mark turut berharap semua pemain sudah bersedia untuk menghadapi cabaran pasukan Betong FA pada minggu depan, dan beliau percaya jika pemain bermain mengikut pelan yang sudah dirancang oleh barisan kejurulatihan, pasukan bimbingannya itu diyakini mampu memberikan tentangan yang sengit sekali gus memungut tiga mata seterusnya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: ‘Derita’ empat bulan tanpa gaji
Next: Yakin bangkit semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.