Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kapasiti bekalan air di Merapok ditingkatkan
  • TEMPATAN

Kapasiti bekalan air di Merapok ditingkatkan

Utusan Sarawak 5 years ago
MEMBANGUN BERSAMA… Datuk Amar Awang Tengah diiringi Semie menunjukkan salah satu pelan pembangunan untuk Kampung Paterikan, Lawas, yang turut menuntut kerjasama dan sokongan rakyat keseluruhannya.

LAWAS: Kerajaan akan melaksanakan projek menaik taraf bekalan air bersih ke kawasan Merapok hingga ke Ulu Merapok dengan meningkatkan kapasiti bekalan air daripada 0.2 MLD kepada 2.0 MLD.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek pembinaan jalan pesisir yang menghubungkan kawasan di Merapok juga akan dilaksanakan bagi menyediakan akses yang mampu meningkatkan kehidupan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian Dan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak memberitahu demikian pada majlis penyerahan ibadah korban di Kampung Paterikan Merapok di sini baru-baru ini.

Projek pembinaan jalan berturap Kampung Paterikan bernilai RM2.3 juta, katanya dan menambah, pembinaan jalan  berturap itu sejajar dengan pembangunan kemudahan pelancongan di Sungai Paterikan yang turut menempatkan pusat informasi dan kemudahan lainnya berjumlah RM3.4 juta.

Sungai Paterikan yang memikili banyam keunikan alam semulajadi wajar diketengahkan sebagai antara lokasi pelancongan berteraskan alam semulajadi yang memikili keunikan flora dan fauna.

Awang Tengah juga memaklumkan mengenai projek pembesaran kampung untuk Kampung Paterikan yang akan dilaksanakan tahun hadapan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Sari itu juga menjelaskan banyak usaha akan dilakukan oleh Kerajaan Sarawak untuk kawasan Merapok melalui RECODA dan beliau juga meminta RECODA untuk mengemukakan pelan pembangunan tempatan untuk Merapok dan kawasan berdekatan Pos Sempadan Imigresen, Kastam dan Kuarantin Merapok (CIQ).

Pembangunan turut melibatkan pembinaan jalan pesisir bagi menggantikan Pan Borneo yang dibatalkan kerajaan PH dahulu.

Hakikatnya pembangunan berstrategi, sistematik mengikut keutamaan semasa akan dilaksanakan secara berperingkat untuk mengubah keseluruhan landskap Merapok.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang
Next: KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.