Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal terbakar, 9 anggota bomba dikejar ke hospital
  • GLOBAL

Kapal terbakar, 9 anggota bomba dikejar ke hospital

Utusan Sarawak 5 years ago
GAMBAR pemandangan udara diambil dari video menunjukkan pasukan bomba menyembur kapal kargo yang terbakar dengan air, di Jacksonville, Florida.• Foto AFP

FLORIDA: Sembilan anggota bomba yang terlibat memadam kebakaran sebuah kapal di Jacksonville, Florida, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas berlaku letupan.

Menurut pihak berkuasa, letupan berlaku kira-kira tiga jam selepas pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.00 petang Khamis waktu tempatan, berhubung kebakaran kapal yang terjadi di Pulau Blount itu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lapan anggota cedera dan seorang berdepan masalah akibat haba panas (heat exhaustion).

Media tempatan melaporkan, kapal dari Norway itu membawa kereta lama dan terpakai dan dijadual meninggalkan Jacksonville.

Lebih daripada 20 anak kapal yang berada di dalam kapal semasa kebakaran bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum letupan berlaku

Hampir 150 anggota bomba dikerah memadam dan mengawal kebakaran dari luar kapal berkenaan.-AFP

Continue Reading

Previous: Korban global cecah 393,000
Next: Singapura lapor 261 kes baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.