Kanowit masih kekal sangat tidak sihat, IPU 226

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 4.00 petang ini. Sumber NREB

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kanowit masih kekal pada bacaan 226, sekali gus berada dalam kategori sangat tidak sihat setakat 4.00 petang ini.

Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di Sibu dan Betong, masing-masing mencatat IPU 175, diikuti Sri Aman dan Mukah, masing-masing 172. Sarikei mencatat 160, Kuching dan Serian masing-masing 159, Lubok Antu (158), Belaga (157), Samarahan (155), Bintulu (154), Samalaju (153), ILP Miri (121) dan Kapit (104).

Sementara itu, beberapa kawasan lain berada dalam kategori sederhana, dengan Miri dan Tebedu masing-masing mencatat IPU 96, Limbang (85), Lundu (86), Lawas (74) dan Bario (65).

Oleh Adele Rissa

DUN Melaka dijangka dibubar hari ini

MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 2.00 petang ini di Kompleks