Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kanak-kanak hilang terjatuh dalam sungai ditemukan lemas
  • NASIONAL

Kanak-kanak hilang terjatuh dalam sungai ditemukan lemas

Utusan Sarawak 1 year ago
BAPA mangsa, Mohd Shahril Redhuan tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah anaknya, Muhammad Harraz Ilman, 11, sebaik ditemukan kira-kira 11.00 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di kedalaman lebih kurang 1.5 meter, kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir beliau dilihat. FotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Pencarian kanak-kanak yang hilang selepas tergelincir ketika bermain air di Sungai Tok Hakim di Kampung Tok Hakim dekat sini berakhir apabila mayatnya ditemukan kira-kira 11.00 pagi tadi, sekitar 30 meter dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemukan oleh pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada kedalaman kira-kira 1.5 meter.

Beliau berkata, susulan penemuan itu operasi yang bermula 5.00 petang semalam ditamatkan 12.00 tengah hari.

“Mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar sungai. Kita hadapi kesukaran untuk menemukan mayat itu disebabkan faktor cuaca dan keadaan dasar sungai yang penuh dengan pokok-pokok liar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tok Hakim di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.46 petang semalam, Muhammad Harraz Ilman dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain air bersama adik lelakinya, Muhammad Firas Wafiy, 9, dan seorang lagi rakannya di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim.

Seramai 72 anggota daripada pelbagai agensi termasuk unit K9 JBPM terlibat dalam operasi berkenaan.   – Bernama

Continue Reading

Previous: Covid-19: 234 PPV tersedia di klinik kesihatan seluruh negara
Next: Legenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.