Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak hilang sejak 18 Mac ditemukan selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Kanak-kanak hilang sejak 18 Mac ditemukan selamat

Utusan Sarawak 2 months ago
BERJAYA DITEMUI… Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu ditemukan selamat di kawasan hutan pagi tadi. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu, telah ditemukan selamat sekitar 9.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah, Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Desmond Irang Juli, beralamat di Rumah Lang, Nanga Meruan Dijih, Selangau.

Katanya, mangsa telah ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hutan lebih kurang 50 meter (m) daripada rumah panjang.

“Kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau untuk pemeriksaan lanjut. Dengan penemuan tersebut, SAR yang diaktifkan sejak 8.00 pagi, 21 Mac telah ditamatkan pada 10.30 pagi tadi,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Selain itu, pihak polis turut mengucapkan terima kasih kepada media, agensi yang terlibat dan orang ramai yang turut membantu dalam usaha mengesan orang hilang (OH) berkenaan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: Enam individu berjaya dipindahkan ke PPS Jalan Bleteh
Next: Perubahan landskap corak kepimpinan peringkat daerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.