Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kanak-kanak 12 tahun ditemui lemas di kolam takungan air
  • JENAYAH

Kanak-kanak 12 tahun ditemui lemas di kolam takungan air

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Bernama.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air berdekatan jejambat di Presint 17 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima makluman awal daripada orang awam mengenai insiden itu pada 5.12 petang.

Beliau berkata kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan telah dijalankan oleh doktor bertugas yang mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

“Bedah siasat akan dijalankan esok pada 8.00 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Aidi Sham berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu bersama dua lagi rakannya mandi-manda di kolam tersebut.

Beliau berkata satu kertas siasatan berkaitan kematian mengejut telah dibuka susulan insiden itu. -Bernama 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ganja cuba diseludup menerusi perkhidmatan kiriman, diikrar sebagai ‘Hadiah Hari Raya’
Next: Imigresen tahan 16 individu disyaki terlibat tawar khidmat pelacuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.