Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Selang kaya produk alam semula jadi
  • TEMPATAN

Kampung Selang kaya produk alam semula jadi

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA SUHU… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi diperiksasuhu badan sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hasanah Kampung Selang Ulu.

KUCHING: Terletak berhampiran dengan Kampung Telaga Air, tidak ramai masyarakat mengetahui mengenai rahsia dan kelebihan dimiliki Kampung Selang.

Dengan berlatar belakangkan permandangan indah Gunung Serapi, kampung tersebut sebenarnya mempunyai kekayaan produk alam semula jadi.

Menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, kelebihan tersebut mampu membantu penduduk tempatan menjana ekonomi.

“Kalau boleh penduduk setempat meneroka potensi yang boleh diusahakan menerusi kekayaan produk alam semula jadi.

“Kita boleh menjana pendapatan menerusi kelebihan yang terdapat di sekitar kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hasanah Kampung Selang Ulu, semalam.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, bukan itu sahaja, penduduk yang kebanyakannya boleh menjalankan perniagaan menerusi hasil laut dan pertanian.

“Kebanyakan penduduk kampung ini mengusahakan bidang pertanian dan menangkap hasil laut sebagai punca pendapatan.

“Mungkin hasil pertanian dan laut boleh dipasarkan secara meluas ke pasaran luar” ujarnya.

Malah menurutnya, kampung tersebut juga berpotensi untuk dijadikan sebagai lokasi untuk sukan lasak seperti triathlon melibatkan acara berbasikal, berlari dan berkayak.

“Saya berpendapatan kemudahan untuk sukan lasak boleh dibangunkan di kampung ini untuk meningkatkan kehadiran pelawat,” jelasnya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Kong hilang ditarik Sang Bedal
Next: Linjong masih gagal ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.