Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KAMPUNG DIGITAL HAB INOVASI
  • TEMPATAN

KAMPUNG DIGITAL HAB INOVASI

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh dan Lembaga Pemegang Amanah TEGAS, Datuk Dr. Jerip Susil, Abdullah Saidol,
Datuk Snowdan Lawan semasa lawatan mengenai perkembangan kerja pembinaan TDV.

KUCHING: Kampung Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TDV) di Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Samajaya akan menjadi lokasi penting dalam kita mencapai matlamat ekonomi digital di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan memberi manfaat kepada para peneroka yang akan mewujudkan beberapa proses dan produk mereka menggunakan teknologi terkini.

“Ia pada masa yang sama mengangkat segala produk hasil ekonomi Sarawak bukan sahaja dari segi komoditi dan barangan tetapi harta intelek sekali gus menghasilkan produk yang dapat digunapakai pasaran antarabangsa,” katanya, ketika mengadakan lawatan di sini, semalam.

Tambahnya, TDV berkenaan mempunyai ruang yang dilengkapi dengan peranti teknologi untuk menghasilkan produk baharu berteknologi kepada peneroka atau usahawan terlibat.

“Bangunan ini juga dilengkapi dengan kemudahan terkini yang mana ia akan disambung dengan pautan Hab Inovasi TEGAS di beberapa bahagian termasuk di Sarikei, Sibu dan Miri,” ujarnya.

Jelasnya, hab ini semuanya adalah berasaskan sistem inkubator yang mana produk usahawan dari kawasan luar bandar akan ditambah baik.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: IBIEC 2021 platform untuk pencipta, inovator
Next: Ketua Menteri Ke Digital Village

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.