Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
  • GLOBAL

Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus

Utusan Sarawak 2 years ago
Ultimatum FNV dihantar kepada KLM tamat pada 14 September ini. Jika pihak pengurusan tidak melakukan sebarang tindakan pada tempoh itu, mogok akan berlaku.

BELANDA: Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines mengancam akan melancarkan mogok jika syarikat penerbangan itu tidak bertindak balas terhadap tuntutan kesatuan supaya gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus, lapor Sputnik, memetik Persekutuan Kesatuan Sekerja Belanda (FNV), semalam.

“FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024. 

“Ultimatum FNV dihantar kepada KLM tamat pada 14 September ini. Jika pihak pengurusan tidak melakukan sebarang tindakan pada tempoh itu, mogok akan berlaku,” menurut FNV dalam satu kenyataan.

KLM sebelum ini menawarkan kenaikan gaji sebanyak sembilan peratus dalam tempoh dua tahun, dengan kemungkinan pelarasan inflasi sehingga dua peratus menjelang 1 Januari 2025. 

Bagaimanapun, FNV memaklumkan perjanjian buruh kolektif yang ditawarkan KLM kepada kakitangan adalah “tidak mencukupi” kerana pekerja terus menghadapi persekitaran kerja yang semakin mencabar. -Bernama – Sputnik

Continue Reading

Previous: Pegawai Australia nafi penularan LSD ketika sekatan import lembu
Next: New York umum Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.