Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, disokong operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, disokong operasi BNM

Utusan Sarawak 20 hours ago
Bank Negara Malaysia (BNM)

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada hari ini dengan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.45 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.13 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM3.4 bilion bagi tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion bagi 94 hari.

Bank pusat juga akan melaksanakan tender repo berbalik semalaman RM2.0 bilion bagi empat hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM32.3 bilion dan tender semalaman murabahah RM23.0 bilion.

– Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Next: KUSKOP anjur dialog koperasi ASEAN di Kuala Lumpur minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.