KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Bagi minggu baharu berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik, tender Qard serta tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara.
Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini turun menjadi RM45.12 bilion daripada RM46.23 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam pula, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM25.90 bilion daripada RM24.20 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah 3.00 peratus pada 13 Julai. – Bernama