
KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal kukuh minggu depan dengan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat melaksanakan operasi setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik Islam, serta repo berbalik semalaman untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM26.4 bilion daripada RM26.3 bilion pada minggu lepas.
Dalam sistem Islam, mudah tunai menokok kepada RM24.1 bilion daripada RM21.3 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 8 Mei.– Bernama